20 CIRI CIRI LELAKI IDAMAN WANITA
20 ciri-ciri lelaki idaman wanita yang perlu diketahui oleh
lelaki untuk menilai sendiri tahap ketinggian kualiti mereka mengikut pandangan
seorang wanita.
1. Bertanggungjawab – Perkara utama yang menjadi keutamaan
bagi setiap wanita adalah lelaki yang bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara
asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat
anda itu.
2. Bersikap terbuka – Bersikap terbuka bukan bererti anda
merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam
menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti
“profesional”.
3. Jangan bersikap terlalu berahsia – Wanita mengharapkan
lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila
mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia
kamu bukan menjadi rahsia lagi.
4. Baik Hati – Baik hati adalah perkara biasa yang kita
dengari dan menjadi syarat kebiasaannya bakal “mak mertua”. Sifat baik hati
akan menjelaskan segala-galanya tentang diri kamu yang sebenar dan ia menutup
sifat hipokrit yang ada pada kamu.
5. Jujur – Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang
adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu
berjauhan darinya.
6. Penyayang – Sifat penyanyang membuatnya mereka selesa
ketika bersama kamu dan jaminan kamu akan menyayangi bakal anak-anak kamu.
Tetapi awas jangan tunjuk sifat penyayang kamu secara berlebihan kerana ia akan
membuatkan kamu dilabel seorang yang gatal!
7. Prihatin – Memiliki sifat prihatin membuatkan kamu
sentiasa mengambil tahu tentang dirinya. Ianya membuat kamu sering memenangi
“First Man Win” kerana kamu sentiasa menjadi lelaki pertama yang menghulurkan
bantuan kepadanya.
8. Beriman – Sifat yang paling penting bagi seorang lelaki
terutamanya bagi orang muslim adalah beriman. Ciri-ciri ini memuatkan lelaki
dipandang tinggi, dihormati dan lelaki soleh paling dikehendaki.
9. Bukan Seorang yang panas baran – Tentunya lelaki jenis
ini amat dibenci oleh wanita kerana mereka perlukan seorang yang mampu
membuatnya selamat dan tenang dan bukannya seorang yang paling mengancam
nyawanya.
10. Tidak Sombong/Tidak angkuh – Kelebihan yang ada pada
kamu adalah anugerah dan jika kamu sentiasa mengharap pujian sehingga
menimbulkan perasaan angkuh dan bongkak menjadikan kamu seorang pantang dipuji.
Berhemah dalam menerima pujian pastinya kamu dianggap merendah diri dengan
kelebihan yang dimiliki oleh kamu.
11. Menghiburkan – Berlawak jenaka dan memiliki sifat
melucukan membuat kamu sentiasa membuatnya ketawa. Setiap kali bersama kamu
suasana pasti ceria dan ia akan membuatkan kamu sentiasa diingati.
12. Dapat menerima kritikan – Sekiranya kamu membuat
kesalahan mereka mengharapkan kamu bersedia menerima teguran dan kritikan untuk
kamu membetulkan segala kesalahan kamu. Jangan ego dan angkuh dengan kesilapan
kamu.
13. Terima Pasangan Seadanya – Menerima mereka seadanya
walaupun kurang dan lebihnya mereka adalah jalan terakhir untuk kamu dipilih
sebagai calon suaminya.
14. Bukan Mata Keranjang – Lelaki bermata keranjang
membuatkan wanita tidak selesa. Kedudukannya terancam walaupun kadangkala bukan
niat kamu sebenarnya. Melihat wanita lain membuatkan mereka merasakan mereka
bukan pilihan terbaik kamu.
15. Bukan Playboy – Tentunya ciri-ciri yang dimahukan oleh
wanita adalah bukan jenis kasanova dan playboy.
Jika anda mempunyai sifat playboy kamu akan membuatkan mereka merasakan
bahawa mereka bakal dimadukan kelak.
16. Berjiwa Lembut – Berjiwa lembut bukan bermakna anda
perlu berpewatakan lembut. Memiliki jiwa yang lembut membuatkan kamu lebih
memahami, menyayangi, mengasihi dan sebagainya.
17. Rajin – Sifat yang menambahkan kualiti kamu adalah sifat
rajin. Jika kamu jenis yang suka membantu maka sedikit sebanyak kamu akan
mendapat kredit daripada orang-orang disekelilingnya. Tentunya reputasi kamu
akan meningkat.
18. Hormat Ibu bapa dan keluarga – Sebelum kamu melamarnya,
kamu perlu berjumpa kedua ibubapanya dan disitulah kamu diuji sebelum mereka
meluluskan bahawa kamu calon menantu pilihannya. Baginya jika kamu memilikinya
maka kamu perlu menerima kehadiran kedua ibubapanya dalam hidup kamu.
19. Tak “Handsome” pun tidak mengapa – Baginya rupa paras
bukan menjadi keutamaan sekiranya anda memiliki hampir kesemua ciri-ciri yang
lain malahan anda tetap akan menjadi pilihannya. Jangan pula jadi lelaki ‘yang
indah khabar dari rupa’; harapkan muka sahaja kacak tetapi menyakitkan hati
semua orang.
20. Menjadi pendidik yang bagus – Jika anda mampu membawa
perubahan kepadanya kearah yang lebih baik maka anda juga mendapat tempat untuk
menjadi suami dihatinya. Baginya suami adalah pendidik dan pembimbing kepada
isterinya. Apabila mereka mula serius dengan anda, tentunya pilihan lain turut
menjadi amat penting.
Menjadi lelaki hebat yang sempurna bukanlah sesuatu yang
mudah untuk memenuhi citarasa wanita idaman anda. Walaupun kadangkala wanita
tidak dapat memiliki lelaki seperti yang diharapkan, semoga lelaki menyedari
apa yang dimahukan oleh wanita dalam diri seorang lelaki. Oleh itu, jika anda
dapat merasakan bahawa diri sendiri masih belum cukup menepati ciri-ciri yang
disenaraikan, mungkin mulai dari hari ini anda boleh berubah kepada yang lebih baik.
Comments
Post a Comment