10 CARA MENCAPAI KEPUASAN MAKSIMA KETIKA BERSAMA
Hubungan seks seharusnya menggembirakan kedua belah pihak, iaitu suami dan isteri. Namun masing-masing punya peranan memberikan keseronokan pada pasangan, dan oleh sebab tanggungjawab ini ada pasangan berasa terbeban dan bimbang jika tidak berjaya menyempurnakan kemahuan pasangan.
Jangan tertekan. Masing masing mampu memberikan aksi terbaik
jika saling bertolak ansur. Sentiasa memperbaiki prestasi untuk kepuasan
maksimum.
10 CARA MENCAPAI KEPUASAN MAKSIMA KETIKA BERSAMA
Usah Terburu-buru
Adakan hubungan seks pada waktu tenang. Beri masa pada diri,
usah terburu-buru. Seks bukanlah perlumbaan. Percayalah, hubungan seks yang
terburu-buru tidak menguntungkan kedua-dua pihak.
Variasi Rangsangan
Kreatif kala merangsang keinginan pasangan. Usah terikat
pada gaya yang sama. Cara memberitahu keinginan anda kepada pasangan juga bisa
membangkitkan keseronokan pabila bersama.
Saling Memuji
Pasangan seharusnya saling memuji agar hubungan menjadi
lebih intim, elemen positif juga bisa berkembang di sekeliling anda berdua.
Sebelum atau selepas hubungan intim, anda boleh memuji pasangan. Tetapi biarlah
kedengaran ikhlas, dan usah terlalu kerap memuji kerana bimbang pasangan
menganggap anda sekadar mengambil hati.
Fokus
Usah biarkan minda anda mudah terganggu dengan perkara lain
sewaktu melakukan hubungan seks. Biarpun seminit dua anda melayang kepada
perkara-perkara yang bisa mengalihkan pandangan dan tumpuan (misalnya soal
kerja di pejabat), ia akan memberi kesan pada persembahan anda. Jadi, kekalkan
fokus ya.
Prihatin
Sentiasa prihatin keinginan pasangan. Anda perlu tahu apa
yang disukai dan tidak oleh pasangan. Keprihatinan anda menyemarakkan lagi
hubungan bersama.
Ciuman
Usah ambil mudah soal ciuman, kerana ia adalah perintis
kepada hubungan seks yang hangat. Bau mulut mesti segar, dan anda
perlu bijak memanipulasi ciuman agar keinginan pasangan
meningkat sehingga urusan selesai.
Haruman
Wangian sebenarnya punya tarikan seks yang sangat kuat.
Maka, wanita harus peka dengan bau-bauan yang bisa meningkatkan keinginan
lelaki untuk bersama mereka. Ada lelaki sukakan wanita berbau segar, ada juga
yang mahukan pasangan mereka beraroma ‘manis’ buah-buahan, malah ada juga yang
ghairah jika pasangannya memakai haruman lelaki.
Eksperimen
Suami isteri mesti bersifat terbuka, dan bersedia untuk
mencuba apa sahaja keinginan pasangan selagi ia tidak melanggar perintah agama.
Anda berdua mesti memberi peluang kepada pasangan untuk mencuba sesuatu yang
baru. Ayuh, bereksperimenlah!
Cantik & Bersih
Sentiasa menjaga penampilan diri. Utamakan kebersihan dan
sentiasa berbau harum, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Markah bonus kepada
isteri yang bijak mencantikkan diri, bersolek dan berdandan.
Usah Beri Tekanan
Jangan terlalu mendesak pasangan untuk memenuhi keinginan
seksual anda. Berikan mereka masa untuk memahami rentak tubuh. Dan jika ada
yang tidak kena sampaikan pandangan dengan cara yang bijak.
Comments
Post a Comment